Monday, December 3, 2012
sendiri kecuali `
suka..
...................
disebat birat di likat pekat malam dakwat,
dan tetap, pekik lolong meraung menggaung semata, dengan tiada telinga menangkap serap menghinggap deria.
dia sendiri.
digelegak ke kerak kepala ke hilang serak suara,
dan tetap, jerit rayu sayu mendayunya ditelan dunia, dengan tiada mata menoleh memboleh simpati rasa.
dia sendiri.
hilang gemilang terbilang dahulu megahnya,
kerna di situ, di bawah itu bersatu dengan batu,
dengan tiada telinga dan mata memberi bantu.
dia sendiri.
sendiri,
kecuali dengan tuhannya.
[fynn jamal]

-el-
Di hujung jalan gelap pekat
Di kiri kanan berdiri arca
Hati takut sakit takut gelisah
Mulut berkata hati bersuara
Dia...di mana?
Dinding tersenyum. Dinding ketawa. Hujung jalan gelap...tetap gelita
Kiri kanan arca...mula bercerita
Angin berkata Ombak tunjuk arah..dia di sana.

Apabila aku bertemu kamu, aku telah meminta malaikat Tuhan menulis takdir kita. Jangan terima aku kerana obsesi mu untuk memahami diriku. Dan jangan sesekali meninggalkan aku tanpa khabar berita.
Dia lain..dia berbeza. Dia seorang pemikir dan penyayang. Falsafah utamanya, hidup ini ibarat sebiji kek yang disimbah arsenik..setiap kali dia menggigit kek kehidupan, dia akan menelan sekali racun kehidupan. Darah dalam badannya telah bertukar didominasasi racun bertoksin yang akan bertukar menjadi sahabat imaginasi ketika dia melukis.
Subscribe to:
Posts (Atom)