Monday, December 3, 2012



Apabila aku bertemu kamu, aku telah meminta malaikat Tuhan menulis takdir kita. Jangan terima aku kerana obsesi mu untuk memahami diriku. Dan jangan sesekali meninggalkan aku tanpa khabar berita.

Dia lain..dia berbeza. Dia seorang pemikir dan penyayang. Falsafah utamanya, hidup ini ibarat sebiji kek yang disimbah arsenik..setiap kali dia menggigit kek kehidupan, dia akan menelan sekali racun kehidupan. Darah dalam badannya telah bertukar didominasasi racun bertoksin yang akan bertukar menjadi sahabat imaginasi ketika dia melukis.

No comments:

Post a Comment