Monday, July 8, 2013

Walau byk mana pun kita pendam perasaan marah kita terhadap seseorang, kita tidak patut untuk mengeluarkan apa yg di pendam itu sekaligus menjadi alasan untuk membenci. Kerana pendam adalah bermakna kita telah mengambil keputusan untuk merelakan, memaafkan dlm diam, atau merasakan "xpe lah,lain kali dia akan sedar".

Tiap kali kita rasa teraniaya dgn perbuatan seseorang dan kita merasa kita mendapat kebenaran, kita akan kata tuhan itu maha adil..ya tuhan itu maha adil, tapi apakah kebenaran yg ditunjuk itu adalah kerana menunjukkan kejahatan org lain atau tuhan ingin memberi kita petunjuk untuk kita sendiri buka mata akan kesalahan kita yg x disedari selama ini. Apakah benar perasaan kita selama ini yg selalu mengatakan kita berada di pihak yg betul? Betulkah mereka itu jahat? Atau apakah itu hanya ego kita yg mengatakan kita betul? Apakah benar tiada sikitpun salah kita lansung? Apakah TIADA LANSUNG PERBUATAN KITA sebelum ini yg membuat mereka boleh melakukan kita sebegitu? Adakah kerana kita yg merasa sakit maka kitalah yg ditindas kita lah yg benar? Mereka tidak lansung sakit tatkala kita terus menghukum dan menghina tanpa usul periksa?

Apa kita benar2 mampu mentafsir petunjuk yg tuhan maha adil itu berikan pada kita?

Maaf aku tahu aku bukan yg sempurna, tidak tahu mengguna ayat tuhan untuk berbahas. aku cuma tersinggung dgn hukuman dan hinaan yg berterusan ini. Xpernah aku sebut beritahu satu dunia aku turut terluka dgn apa yg berlaku. Bertambah lagi luka aku bila tiapkali anda kata anda terluka gara2 itu. Aku hanya mampu diam.

Aku diam,aku fikir,aku redha,dan dari awal lagi aku telah mohon maaf jika ada salah aku yg mmg akan ada. Terletak pada dia untuk maafkan dan melupakan, atau maafkan dan tidak melupakan.
Cuma aku kecewa..TIADA sekali pun, sekali pun perkataan maaf yg aku terima dari dia. Walaupun ada fitnah yg dibuat pasal aku. Seolah olah kenal benar aku. Aku yg pendiam ini dia boleh tafsirkan segala2nya dari mendengar perbualan dan melihat tingkah laku aku PADA ORG LAIN dari alif hingga ya. Apa dia bisa lihat hati aku?

Tapi aku masih diamkan juga,sebab aku memilih untuk pendam, kerana mungkin juga ada perbuatan aku yg membuat dia begitu. jadi aku buat2 seolah-olah tiada apa2 pernah jadi. hakikatnya cuma aku yg tahu.

Kerana anda senyum. Dia senyum. Jadi siapa yg bohong? Aku? Anda? Dia? Atau musibah ini?

Mata mata dibelah sana mula ada yg was was memandang aku..mata mata disini semua masih anggap dia mulia. Dan aku ambil jalan untuk x kisah, sebab itu aku diam dan cuba untuk senyum.

Sebab dari awal pun aku dah kata pada diri yg aku maafkan dia.

No comments:

Post a Comment