Friday, May 24, 2013

hati berhati hati

aku bermimpi lagi hari ni.
bermimpi gembira.
mimpi yg buat aku bangun lantas mengalir air mata.
dimana mimpi yg xkan menjadi kenyataan.

tiap kata, tiap langkah..aku takut.
aku takut melangkah garisan itu.
takut bkn kerna salah..tapi takut akan melukakan lagi.

hati berhati hati.
luka terluka melukakan

wlpun aku riang tiap kali melihatnya..beberapa saat kemudian aku mula sayu.
aku katakan pada diri, ia tidak akan sama lagi seperti dulu.

Monday, May 20, 2013

a prayer for the wild at heart, kept in cages.

12 , 1 , 2 , 3 , 4 ,5
hari demi hari..
malam berganti siang..
matahari timbul tenggelam..
bulan mengambang menyinar cahaya lalu hilang..
tiap hari pasti terdetik nama dia..
walau sudah reda..
aku masih berhati-hati..
sebab aku masih ingat cerita lama..
bukan aku x mahu melupakan..
tapi hati aku masih sakit juga..
hati aku masih luka..
aku bukan jenis yg mahu hidup dgn cerita lama mengekori aku..menghantui aku.
cuma aku x suka..aku berhati-hati..
aku x ingin perkara itu terjadi lagi..
supaya aku tidak lupa diri..
supaya aku tidak dihina bermacam2 lagi..
supaya aku tidak disakiti menangis di malam malam hari..

aku undur diri..xjauh..hanya beberapa tapak.
supaya antara kita..
tiada siapa yg herpanya sakit lagi.


Sunday, May 19, 2013

enam hari kerja = enam ratus ringgit + kulit gelap bertambah gelap \ tiga

payah mencari sesuap nasi..
mama babah xde pergi bercuti..
aku sara 4 org beradik..

mengharapkan yg tua sorg tu...aduhhh letih.
penuh daun dan bunga berguguran didepan rumah..
bahagian blkg penuh tahi tikus berhimpun mcm blackout 505..hitam semua..
itulah, jarang duduk rumah..anggap rumah ni hotel..check in dua tiga hari, pastuh check out ikut suka...
kain x bersidai, biar saja dalam mesin..
apa pun x boleh..
nasib aku gagahkan diri juga balik mlm tadi..
kalau aku ikut kata adik2 suro lepak dulu kat sana...mmg ape ntah jadi dgn rumah ni.

bengang, tapi xboleh buat apa..bersuara nanti aku juga yg salah..biasalah ego tua..pantang org muda cabar.

crazychildren..gardenergala jiwa ku

usaha,
diam,
biar,
redha,
tuhan kan ada. `

aku dah nekad muktamad,
aku kembalikan aku yg dulu..ada di depan mata,adalah.
ikut keadaan sekeliling.hati mati.
3tahun lalu ni aku cuba letak di hati hidup, aku akan dikata bagai hamba yg dipijak kepala. bukan sekali, tapi berkali kali berlainan org.

aku xpernah kata aku sakit, malah aku x kan mengungkit.
aku x kata aku penat.
aku selalu kata aku okay,
x ape, xde hal lah..xpernah menolak..pura2 mahu kerana aku tahu kau malu mengatakan kehendak..
aku rela x tidur, rela alarm ku berbunyi dipagi sunyi..

apa itu semua hapus kerana satu geleng yg aku beri?

walau aku sedar, bila hadir yg baru yg mampu beri ketawa baru akan buat kau lupa siapa aku yg mungkin dulu kau sama2 gelak ketawa tapi kian bosan kerana aku berdiri di sisi terlalu lama. yg kian kau rasa menyampah dan mula kau letak garisan jarak. aku menegur kau keluar sepatah saja. lalu diam. padahal dulu tanpa henti kata kata kita siang ke malam..malam ke siang.

aku letih..aku makin susut..aku bukan mahu mati..cuma aku mahu biar keadaan sekeliling ku meniup angin tenang kedalam jiwaku. kembali normal..

Saturday, May 18, 2013

walaupun aku kata aku tenang,
tapi sebenarnya tidak.
aku tetap risaukan dia.

mahu saja aku tanya khabar dia seperti hari hari dulu..
mahu saja aku berjenaka bersama dia seperti hari hari dulu..
mahu saja aku berkongsi lagu kita seperti hari hari dulu..

tapi apakah itu bisa dilakukan?
apa itu tidak akan menyakitkan dia lagi?
apa itu bisa memadam luka lama?
aku sakit dia sakit..
aku terluka juga bukan dia saja..
tapi aku cuba..
demi dia..
demi tidak lagi menyakitkan hati sesiapa..
aku cuba untuk diam..
hanya dari jauh saja aku lihat.
sehingga dia yg menjemput ku kembali dekat.

herpa dia masih sakit..begitu juga aku..tapi apa guna lagi aku bersuara inginkan jawapan yg x akan kunjung tiba..semakin aku tunggu semakin aku sakit..
xmengapalah.
ini yg terbaik..
doa untuk dia x pernah putus.
kerna dia x luput dari ingatan.