Thursday, May 9, 2013

cukuplah.
dengan rasa berat hati, aku sembunyi.
untuk kebaikan bersama.
buka mata tutup hati.

Wednesday, May 8, 2013

datang kembali

maaf. anda tidak lagi mengenali aku. aku sudah bawa kembali aku yg dahulu kembali melangkah.
aku sudah tamatkan aku yg 3 tahun lalu ini yg mana sgt perit membiarkan sahaja dan berakhir dgn luka yg sgt dalam.
selamat kembali bernafas dgn tenang. `

Monday, April 29, 2013


Setiap kali bangun, dia datang ganggu lagi.

Bukan aku taknak keluar, tapi aku terpaksa sibukkan diri, semata - mata taknak sibukkan minda aku dengan bahan fikiran yang mengecewakan ini.
Tapi betul, dia benar - benar mengganggu fikiran, sampai aku ditegur oleh beberapa orang kenalan. Kata mereka, lama x jumpa dan aku semakin kurus. Habis aku nak buat macam mana?

Dan setiap kali aku nak menulis, dia menganggu fikiran lalu memberi kesan pada penulisan sampaikan orang dah cop aku ni,

"Emo".

kurrrr.. wtf.

Tak kisahlah. Tapi bagi mereka yang mengikuti Twitter aku, yup aku dah lebih aktifkan twitter aku, aku on fb sebab Twitter x boleh tulis panjang2 macam ni. huhue sambung balik, org2 kat twitter mungkin dah banyak kali baca 'kegembiraan' aku dekat sana kan? Jadi, siapa kata aku ni serius? Tak jugak..nanti dah sober aku keluar lah balik ye, dan aku sihat2 je. kurus tu aku x tau lah kenapa.


menghitung kebodohanmu

WAH! Terlalu banyak kebodohan mu, sampai tak terhitung aku!

Aku hanya mampu tertawa kecil sambil mendengar dan memerhati.
Buatlah selagi kamu fikir kamu sahaja yang betul. Tundinglah pada sesiapa kecuali kamu.
Hukumlah sesiapa kecuali puak - puak mu.


Oleh itu, aku cadangkan lebih baik kau jadi Tuhan sahaja.

"Adakala kita kena buat - buat bodoh, untuk menimba ilmu".
Bila aku kaitkan barisan kata itu dengan waktu ini, Oh, sekali lagi aku tertawa..
Seringkali aku tergambarkan diri aku di tengah - tengah kotaraya bukan di Kuala Lumpur apatah lagi di Malaysia. Di negara orang maksudnya.

Menilau mencari jalan untuk mengisi perut yang kelaparan sambil menimba ilmu tentang kehidupan. Waktu itu, aku sedang dikelilingi oleh manusia - manusia negara itu yang sedang pantas mengejar masa bekerja. Waktu itu juga, bahasa menjadi penghalang untuk aku berkomunikasi. Tinggal aku dan kreativiti ku untuk terus bertahan meneruskan kehidupan.

Mungkin. Mungkin suatu hari nanti aku akan tinggalkan apa yang aku ada sekarang dan mula berjalan seorangan melihat dan merasa kesusahan di suatu tempat yang baru yakni bukan tempat aku.

Tapi aku masih lagi tidak tahu apakah maksud sebenar gambaran itu. Berkali - kali aku terbayangkan aku di situ, berkali - kali aku merasakan akhirnya aku di situ. Aku masih lagi mencari apa, kenapa, bagaimana, siapa dan di mana..

Kerana hari ni, pujian boleh melalaikan, keselesaan, tanpa sedar boleh menghanyutkan...

Aku tidak mahu terlalu selesa.