Friday, October 19, 2012

manusia manusia manusia yg pernah hadir

merekalah segalanya..
merekalah pengubat luka..
kerana mereka aku ketawa semula..
kerana mereka aku ingin berjaya..

itu dulu..

lalu aku pernah membenci mereka..
atas segala dusta..
atas segala permainan yang dirancangkan
walau sekalipun itu bukan dusta..datanglah beri penjelasan.
datanglah beri kebenaran..aku mampu terima..
tapi tidak..hanya lah jawapan yg mengiya kan semua permainan dusta mereka.

itu dulu..

saat ini..

aku x lagi membenci..
tapi..
aku x mampu bersama lama..
aku x mampu duduk ketawa bersama..
perasaan dulu itu hilang sama sekali..

diam..
aku terdiam setiap kali bersama..
aku terdiam setiap kali nama aku timbul antara perbualan mereka..
walau ingin sekali aku kembali bersama mereka,,ketawa bersama..duduk bersama..
tapi bagai ada yg menghalang..
aku terdiam tanpa bicara..

kini melihat mereka jatuh..
melihat mereka sedih..
kenapa aku yang rasa terluka..
kenapa aku yang tersiksa..

mungkin kerana aku sayang..
mungkin kerana aku ingin kembali bersama..

tuhan..terserah padamu untuk jalan yg telah ditetapkan..

this past few days was my worst..sorry

bila semua yg dilakukan terasa salah..
bila semua yg dikatakan terasa salah..
apa yang aku lakukan ni..

salah salah..hurm
ucapan maaf yg paling ikhlas lah paling susah nak dilafaskan..
kalau maaf biasa2 senang je aku lontarkan..
sorry seems to be the hardest words..*tibe2 ternyanyi*
eh ikhlas ikhlas...jgn main2..*tepuk dahi*

maaf ye..
kerana benda lain..anda juga terkena..ditarik sama.
maaf..kan bila ku xsempurna *nyanyi lagi*

Thursday, October 18, 2012

dia yang merasa tapi aku turut terasa `

aku menolak percaya..
aku menolak arti bersama..
tapi apa kah dia itu begi penting bagi ku?
bait bait kata yg dia luahkan pasti aku terasa..
pasti aku berfikir..
aku kah?
punca?
ditolak tarik?
walau ada kala aku tau bukan aku..
tapi aku turut terasa..
bukan dgn kata yg diluah..
tapi dgn perasan dia tatkala itu..


aku sudah pergi..
dan aku tetapkan pada diri..
aku xkan lagi kembali..
mencampuri urusan dia..
aku tidak ingin lagi diri ini dijadi punca..
sudah dipesan jagalah diri dan kembalilah bersatu..
kenapa tetap begitu..


aku xtahu apa perlu aku kata..
tolonglah kembali bersama semula..
sampai bila lagi..
sampai seorang itu mati..?
aku betul2 xtahu.



Thursday, August 30, 2012

satu sebelum lena


jangan kau ragui..
aku berkata benar..
tiada apa dalam hati..
moga kau memahami..

kurang bicara aritu bkn sebab aku terasa hati..
aku dah x seperti dulu..
kau mahukan ruang bukan..
aku pun bukan sape2..
xlayak dah menegur..
jadi aku biarkan kau sendiri.
aku hormati kehendak kau..

aku lihat kau bahgia..
aku ok la.

jumpa nanti jika aku turun kota metropolitan tu lagi..

dadah `

minggu ni minggu gigil..kemain penat aku.

mkn byk2 xnk bg nmpk gigil dah..nnt kita pulang kite kasi urut ye..

badan..tahan sket ye. nnt kite pi carik ubat. ubat doc xde lah..kite cari ubat dunia. senyuman ubat mujarab.

doc nnt bg ubat merepek..ko bkn reti telan ubat pun..ubat hati yg pnjg tu pun ko bukak tabur ats roti cicah milo. panadol kasi cmpur dgn air oren..haha bengong je kau.

dah la..dah kul 4 pg..tidur la. masuk magika dunia indah, alpa dunia sebenar jap. terbang bagai si P ape ntah kejadah nama makhluk bersayap tu bole plak lupa..laksamana sunan. `