" Kita mungkin ada anak 10 orang, cucu berpuluh-puluh. Di FB kita baca hari2 mereka berintraksi dengan kawan2, jalan sana sini. Sungguh bangga tetapi di sebuah bilik.......ada seorang tua sugul kesunyian...ada kah hari-harinya yang difikir untuknya...diperuntukkan KHAS..KHUSUS untuknya..inilah akibat tida kampong halaman lagi.. "
tiap2 hari aku lihat dia termenung,kadangkala menangis seorang diri..ditanya kenapa? mula dia berpura-pura."xde ape2". tiap2 malam aku menangis dalam hati melihat dia dengan kerusi roda dia, mendengar dia terbatuk2.. gigih dia walaupun keupayaan dia x seberapa..tapi masih gigih untuk meneruskan hidup dia..
diajak berjalan2 tidak mahu, merajuk mungkin. dipanggil anak2nya kemari sekali seminggu, itupun payah ke? biasalah, hati tua yang merajuk itu mahu dipujuk,sebab itu kadangkala dia seperti mengada-ngada. tapi kau sedar x waktu kau kecik dlu betapa mengada-ngadanya kau,sanggup dia layani..
hurm..dihantar saja cucu2 tuk datang melihat..aperhal? sekali seminggu atau sebulan sekali, bawak la dia berjalan-jalan, ajakla dia untuk tinggal bersama-sama walaupun xlama..kerana aku tau, hati tua itu dahagakan kasih sayang anak-anaknya..boleh dikira dengan jari, dalam sehari berapi kali kau boleh lihat dia ketawa dan tersenyum..tapi kerana apa? lawak dari tv sahaja yang membuat dia gembira.
cubalah korang ganti tempat aku,tidur disofa setiap hari, basuh air kencing dia kat lantai sebab dia tak sempat nak ke toilet..semata-mata nak jaga dia.. aku tak bangga, tapi sebab ko kata yang bukan2 kat keluarga aku. jadi aku bersuara sekarang walaupun selama ni aku diam dan x pernah bertego sapa dengan korang semua.
raja salamiah raja othman..opah,aku sayang kamu.